Search This Blog

Monday, December 7, 2009

E-Portfolio

Trend pendidikan di Malaysia, apabila diperkatakan pendidikan dalam talian, ramai yang cuba untuk explore dan beralih kepada penggunaan Learning Management System (LMS). Pada peringkat awal tahun 2000 ramai yang cuba menggunakan WebCT, Blackboard dan kebelakangan ini menggunakan Moodle kerana WebCT dan Blackboard (Merged) mengenakan bayaran yang tinggi. Moodle adalah produk Open Source, tiada kos download tetapi kepada pendidik yang tiada pengetahuan teknikal, ianya akan menjadi kos yang terselindung - kena upah orang lain buat konfigurasi.

Perkembangan ini adalah sangat sihat, banyak sekolah dan universiti di Malaysia sudah menggunakan Moodle dengan berkesan, malah diterima sebagai LMS rasmi institusi berkenaan. Tahniah kepada pendidik yang berjaya dengan usaha sendiri. Tidak kurang juga yang pernah saya temui, Moodle dikendalikan oleh individu yang tidak mempunyai latar belakang komputer atau programming, tetapi berjaya menggunakan Moodle kerana minat dan kesungguhan untuk menggunakannya.

Perkembangan terkini didapati ramai yang sudah beralih kepada blogging atau lebih spesifik Educational Blogging. Pusat ICT UPSI telah menganjurkan pertandingan Educational Blogging, ramai yang mengambil bahagian, Tahniah kepada guru dan pelajar yang telah mengambil bahagian. Tahniah kepada pemenang Cikgu Ahmad Kamil sifoobestari yang telah memenangi hadiah utama berupa sebuah netbook. Contoh lain yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar sekolah boleh didapati di laman Anak Perak.

Saya menjangka LMS tidak akan bertahan lama, kerana hari ini banyak kemudahan lain telah disediakan dalam talian secara percuma. Kepada para pendidik yang tidak mahir menggunakan Open Source, mungkin boleh cuba menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Google kepada para pendidik seperti Google Doc, Google Map, iGoogle dan pelbagai kemudahan dalam pakel Google for Educators. Para pendidik yang kreatif dan sudah biasa dengan Google, mungkin boleh mengambil cabaran baru dengan menggunakan Google Wave dalam pendidikan.

Connectivism telah mula bertapak dan sedang rancak diperbincangkan dikalangan pendidik. Pada hari ini timbul pula perbincangan untuk menggunakan e-portfolio dikalangan pendidik. Penggunaan elgg, multiply dan mahara telah banyak diperkatakan. Perisian Open Source ini boleh membantu guru melaksanakan e-portfolio dengan pelajar masing-masing. E-portfolio merupakan suatu kaedah yang menggabungkan peranan Social Network dengan LMS yang sangat menarik untuk digunakan.

No comments:

Post a Comment