Search This Blog

Friday, October 22, 2010

ICT Dalam Aktiviti Harian



San Francisco sebuah bandaraya yang indah dan terkenal dengan The Golden Gate. Selepas melawat dan bermesyuarat dengan pakar dan penelidik Extreme Network, saya berpeluang melawat The Golden Gate, dan menyusuri San Francisco dengan menaiki San Francisco Cruise.

Sepanjang pelayaran cruise tersebut, kami dibekalkan alat komunikasi dan headphone untuk mendengar penerangan yang telah dirakam mengenai sejarah SFO. Ketepatan masa dan lokasi cruise sangat synchronies dengan penerangan yang diberikan seolah-olah kami sedang berkomunikasi dengan orang yang memberi penerangan secara live. Inilah yang dikatakan kesempurnaan. Teknologi ICT digunakan sepenuhnya untuk memberi penerangan dengan baik.

Mana-mana kedai yang kami lawati, semuanya menggunakan sistem komputer untuk mengambil pesanan dan mengurus jual beli. Kami cuba membayangkan apa akan berlaku jika sistem rangkaian terganggu sekejap, apakah transaksi jual beli masih boleh diteruskan?

Kesempatan sampai di SFO membawa saya ke Mac Outlet, memang sentiasa ramai pengunjung untuk mencuba teknologi terkini Apple Computer yang terkenal dengan inovasi dan kreativiti Steve Job. Memang terpesona, 2 jam meluangkan masa dalam Mac outlet tidak dirasai. Kesuntukan masa membuatkan kami terpaksa bergerak ke destinasi lain.