Search This Blog

Saturday, November 21, 2009

Innovasi - Made in China

Salam sejahtera,

Bertuah rasanya dapat bertemu dengan puluhan delegasi dari serata dunia yang telah menghadiri China Hangzhou International Conference on Educational Innovations di Hangzhou, China. Kedinginan cuaca menceah -3 tidak menghalang kehangatan konferen. Perkongsian ilmu berlaku dengan rancak sekali.

Banyak perkara yang telah saya perhatikan sepanjang berada disana. Kedinginan cuaca dan hujan sepanjang hari telah menghadkan perjalanan saya di Hangzhou, dalam kesibukan menghadiri konferen dan membentang kertas konferen di sana, dapat juga saya berjalan-jalan di sekitar Hangzhou, bertemu dengan rakyat di jalanan serta sempat mengambil beberapa foto untuk dikongsi bersama.
Semasa di Eropah dulu, jarang kelihatan mat salleh menaiki motor/basikal semasa winter, tapi di Hangzhou sebaliknya, cuaca yang dingin merangsang kreativiti mereka untuk mencipta sesuatu yang bermanfaat (Foto). Inilah yang membezakan China dan Eropah. Budaya ini akan membawa China jauh ke hadapan dalam teknologi dan innovasi, tapi masih tebal dengan budaya dan kecinaannya. Mereka maju walaupun sangat sukar untuk saya berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa Inggeris, memang mereka tak faham, akhirnya saya berkomunikasi dalam bahasa Malaysia dan dari mimik muka dan gabungan aksi tangan, mereka boleh berkomunikasi dengan saya.
Mereka gigih melaksanakan kerja dengan penuh dedikasi dan berdisiplin. Riak muka mereka menunjukkan mereka gembira dengan apa yang mereka lakukan. Pengalaman menaiki teksi kali pertama dari Hotel ke tempat konferen sangat saya kagumi. Bayaran teksi yang tertera di meter ialah 10.00, maksudnya saya perlu membayar 10 Yuen, Di dashboard tertera tulisan China dengan tertera no 1 dalam ayat yang tersebut. Memang saya tidak faham apa yang tertera di situ. Pemandu menerima 10 Yuen, tapi menunjukkan kepada notis yang tertera dan memohon bayaran tambahan dari saya. Saya jangka beliau ingin memohon bayaran untuk bertiga oleh kerana saya bertiga pada waktu itu. Maka saya pun mengulur 100 Yuen untuk bayaran tiga orang (30 Yuen). Pemandu membalikkan semula kepada saya baki 99 Yuen sambil menunjukkan kepada ayat berkenaan yang tertera No 1. Saya membayangkan bayarannya ialah 30 Yuen, tetapi beliau memulangkan duit saya dan mengambil hanya 11 Yuen. Kalau dia ambil 30 Yuen atau ambil semua 100 Yuen, saya pun tak akan tahu berapa kos sebenarnya. Di tempat konferen, bila bertanya kepada China yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, barulah saya faham, tambang ialah 10 Yuen dan tambahan 1 Yuen surcharge petrol, jumlah tambang 11Yuen sahaja.
Pemandu itu sangat jujur walaupun mengetahui kami tidak tahu berapa tambang yang sebenarnya. Kalau dia ambil semua 100 Yuen pun kami tak akan membantah, tetapi inilah yang dikatakan disiplin yang tinggi. Meraka tidak menipu walaupun boleh untuk berbuat demikian. Jika di Malaysia .... rasanya kami akan diminta bayar tambah lagi atau mungkin akan dibawa melalui route yang lebih jauh supaya meter teksi menunjukkan bacaan yang lebih tinggi.
Inilah pengajaran yang saya dapati di sana, Innovasi, kreatif dan jujur! Inilah cabaran kepada kita sebagai pendidik untuk melahirkan generasi Malaysia yang Innovatif, Kreatif dan Beriman!

No comments:

Post a Comment