Search This Blog

Sunday, June 19, 2011

MKA1013

Selamat Datang kepada Pelajar MKA1013. Sila follow blog saya untuk saya senaraikan blog anda dalam blog saya untuk melaksanakan perkongsian maklumat.

Sila rujuk http://tanjongmalim.upsi.edu.my untuk mengetahui tempat makan di Tanjong Malim

Sila pergi ke Pusat ICT untuk bantuan komputer.

Thursday, June 9, 2011



Salam Sejahtera,

Maklumat Dalam Talian, Mencari atau Menapis?

Budaya membaca perlu digalakkan pada semua peringkat umur untuk menambah pengetahuan dan mengikuti perkembangan terkini dunia tanpa sempadan. Membaca dalam konteks hari ini perlu diperluaskan skopnya tidak hanya merujuk kepada membaca buku, akhbar, majalah, jurnal atau komik. Jutaan bahan bacaan tersedia dalam talian untuk tatapan semua.

Generasi hari ini sangat rajin membaca. Mereka entiasa membaca dan mendapat maklumat melalui peralatan digital berbentuk teks dan multimedia. Kalau ditanya generasi hari ini, jarang sekali ditemui seseorang yang tidak mempunyai telefon mudah alih, malah ramai yang menggunakan "Smart Phone" atau boleh diterjemahkan sebagai mini komputer dalam poket masing-masing (Impian Bill Gate semasa awal 90an yang sudah menjadi realiti).

Generasi hari ini sentiasa dikelilingi oleh maklumat yang perlu ditapis. Tidak semua maklumat yang diterima boleh diterima begitu sahaja tanpa berfikir. Setiap saat ribuan maklmat dihantar melalui email, Facebook, Twitter dan ratusan lagi melalui RSS, Google Alert dan lain-lain aplikasi Rangkaian Sosial.

Facebook telah menghasilkan satu transformasi perkongsian maklumat yang sangat hebat. Jutaan manusia telah berkumpul di BOGOTA pada 4 Februari 2008 untuk bangun menentang Kumpulan Pengganas FARC di Colombia hasil dari pengaruh Facebook. Perkara yang sama berulang di Mesir sehingga Presiden Hosni Mubarak dapat digulingkan. Apakah Facebook juga boleh digunakan untuk menjana Transformasi Pendidikan ?

Persoalan ini perlu dijawab oleh para pendidik secara rasional. Ramai yang berandaian Facebook adalah satu gejala sosial yang perlu ditangani segera, terutamanya kepada remaja. Perkara yang sama berlaku apabila TV mula diperkenalkan pada awal 60an di Malaysia. Hakikatnya pada hari ini ramai yang telah menggunakan Facebook untuk pendidikan, perniagaan, kebajikan, malah berpolitik juga melalui Facebook.

Dunia tidak dapat menolak kehadiran Facebook - Rujuk buku The Facebook Effect oleh David Kirkpatrick. Persoalannya disini, apakah persediaan pendidik hari ini untuk mendidik dan menggunakan Facebook sebagai salah satu Alat Bantu Mengajar sebagaimana yang telah berlaku kepada TV dan Video. Kaedah pembelajaran telah berubah. Secara kreatifnya sesuatu harus dimulakan untuk menambahbaik kaedah pembelajaran hari ini yang mana tidak dapat dinafikan kepentingan membaca dalam talian. Terlalu banyak yang boleh dicapai melalui internet, penapisan perlu dilaksanakan untuk memilih yang terbaik dan beroleh manfaat dari ilmu yang dihantar secara langsung kedalam komputer dan telefon. Disinilah cabaran sebenar untuk seorang pendidik untuk berperanan sebagai FASILITATOR dan bukan lagi penyampai ilmu yang mutlak.