Search This Blog

Wednesday, June 23, 2010

E-Knowledge

Ilmu Pengetahuan adalah satu aset yang sangat berharga dalam dunia. Para pendidik diamanahkan satu tugas yang sangat besar untuk mendidik dan membudayakan kecintaan kepada pengetahuan kepada generasi dunia hari ini.

Kehadiran internet tidak boleh dipandang sebagai satu cabaran besar kepada tugas pendidik, malah para pendidik seharusnya mengalu-alukan kehadiran teknologi ini " A Cloud in the Shape of The Future" sering diperbincangkan, dan penggunannya dalam bidang pendidikan tidak boleh dipandang remeh.

Sudah banyak penulisan mengenai penggunaan Cloud Computing Dalam Pendidikan dan telah pun menampakkan kejayaannya. Semakin ramai pendidik sudah terbuka minda mereka untuk melaksanakan perkongsian dan kolaborasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar semakin bebas untuk memilih dan mendapatkan maklumat berkaitan mata pelajaran yang dibincangkan dalam bilik darjah... atau "Ruang Pembelajaran Siber?"

Ilmu yang lazimnya didapati dari guru dan buku teks sudah boleh didapati dengan mudah dalam internet. E-Knowledge sudah menjadi satu budaya yang boleh membantu pendidik meningkatkan profesionalisma kependidikannya.
Para pendidik seharusnya tanpa berlengah lagi perlu menerokai dan seterusnya menerajui penyebaran E-Knowledge dalam persekitaran Cloud.

Kekuatan yang ada pada para pendidik/guru ialah ilmu pedagogi. Pedagogi menjadi keutamaan dalam pelaksanaan E-Pembelajaran.Pendidik berkemahiran untuk menggabungkan pedagogi dengan content dan seterusnya dikongsikan melalui persekitaran Cloud untuk mendapatkan impak yang maksimum.Pendidik bukan lagi hanya mendidik, malah perlu berkongsi dengan para pendidik seluruh dunia dan seterusnya menyediakan pelajar sebagai "Content Provider" dalam proses pembelajaran.