Search This Blog

Friday, February 11, 2011



Salam Inovasi,

E-Pembelajaran sentiasa menjadi topik yang sering diperkatakan sekarang ini di UPSI, terutamanya bagi 300 orang pensyarah yang akan memulakan Kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam mod Pendidikan Jarak Jauh. Syabas, pensyarah UPSI sememangnya telah bersedia untuk menerima ca
baran ini. Sejak tahun 2006, semua pensyarah UPSI telah menggunakan MyGuru2 secara blended learning bersama pelajar-pelajar dalam kampus Tanjong Malim. Bermula Mac 2011 ini akan tercipta satu sejarah dimana 300 orang pensyarah UPSI akan melaksanakan kursus ISMP sepenuhnya melalui mod jarak jauh.


Bengkel Pembinaan Modul Kursus ISMP telah dianjurkan oleh FPPM, diketuai oleh Dekan yang berpandangan jauh PM Dr. Noorshah Saad. Tahniah kerana beliau berani menerima cabaran ini untuk bersama pensyarah FPPM dan dari fakulti lain yang akan terlibat dengan PJJ ini. Melihat kepada persediaan yang diadakan, semua pensy
arah kelihatan sangat berminat dan serius membangunkan modul dan membuat perancangan rapi untuk menyahut cabaran ini.

Sebagai persediaan penggunaan teknologi internet, Pusat ICT telah dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan Kursus Kemahiran ICT kepada semua pensyarah yang akan terlibat dengan Program PJJ ini. Sijil Kemahiran ICT adalah sebahagian daripada syarat untuk melayakkan pensyarah berkenaan dilantik sebagai tenaga pengajar Program PJJ. Sekalung tahniah kepada pensyarah yang telah menghadiri kursus ini, penglibatan dan kesungguhan untuk mempelajari teknologi terkini sangat dikagumi. PJJ UPSI akan berasaskan kepada MyGuru2 yang telah pun ditambahbaik dengan pengintegrasian aplikasi Xythos, Wiki, Big Blue Button, Zimbra Desktop dan Google for Educators.

Harapan kami di UPSI agar semua bakal pelajar Program PJJ in akan bersedia untuk melengkapkan diri mereka dengan aplikasi internet, dan yang lebih penting bersedia untuk melanggani perkhidmatan internet dimana sahaja mereka berada. Komunikasi utama antara pelajar deng
an pensyarah adalah melalui MyUPSI Portal dan MyGuru2. Sepanjang pengajian mereka nanti, portal inilah yang akan menjadi nadi penyambung antara mereka dan pensyarah. Pembelajaran boleh berlaku pada bila-bila masa dan dari mana-mana lokasi.

Pusat ICT juga menyediakan kemudahan pembelajaran dalam talian segerak (Synchronous) menggunakan aplika
si Sumber Terbuka - Big Blue Button, untuk membenarkan komunkasi secara Interactive Video Conferencing. Apa yang penting ialah perubahan paradigma antara pelajar dan pensyarah, agar mereka tidak lagi terkongkong dengan kaedah pembelajaran konvensional. Kalau peneroka FELDA sudah boleh mengguna internet, maka sudah pastinya para guru yang akan menjadi pelajar Program PJJ ini jauh lebih bersedia untuk mengubah paradigma pembelajaran mereka

Selamat Melaksanakan PJJ versi UPSI.