Search This Blog

Monday, December 28, 2009

Terima kasih Cikgu

Minggu akhir 2009, tinggal 2 hari lagi. Para pendidik mula merancang aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2010. Kebanyakkan guru sudah kembali dari cuti walaupun masih ramai saudara mara masih bercuti dan tak kurang juga yang menganjurkan kenduri disaat-saat akhir cuti akhir tahun. Kebanyakkan sekolah sudah mula bermesyuarat sehingga hari Sabtu 2 Januari, ada guru yang sudah mengurus penjualan buku, pendaftaran pelajar, pengurusan bilik darjah, persediaan makmal, semakan komputer dan pelbagai persediaan yang lain. Komitmen para pendidik yang sedia berkorban masa dan kepakaran ini sangat dihargai.

Para pendidik menyifatkan komitmen mereka itu adalah sebagai sebahagian daripada amanah dan tanggungjawab mereka. Penjawat kerajaan dan korporat yang tidak terlibat dengan pendidikan masih berpeluang mengambil cuti untuk menguruskan persekolahan anak-anak, terutamanya yang baru melangkah ke alam persekolahan atau yang menukar sekolah, kolej dan sebagainya. Para pendidik tidak berpeluang untu bercuti kerana mereka perlu menguruskan sekolah masing-masing.

Para ibubapa yang baru menerima berita kejayaan anak-anak dalam UPSR dan PMR, masing lagi meraikan kejayaan anak-anak mereka, tetapi para guru sudah mula merancang aktiviti dan peningkatan usaha mereka untuk tahun 2010, mereka juga sedang mencari idea bagaimana hendak meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian anak didik mereka. Sebilangan kecil sahaja yang mungkin ada menerima kad ucapan tahniah atau terima kasih dari ibubapa. Para pelajar juga ada yang tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan guru untuk menyampaikan ucapan terima kasih secara personal. Ada yang cuba pergi ke rjmah guru, tetapi guru sedang bercuti, hasrat tak kesampaian.

Pihak sekolah disarankan menyediakan portal khas untukmembolehkan para ibubapa dan pelajar untuk menyalurkan ucapan terima kasih mereka kepada guru-guru. Pihak sekolah boleh mengwujudkan Facebook sekolah untuk menggalakkan perkongsian tersebut. Perkembangan teknologi terkini sepatutnya digunakan sepenunya untuk menyemarakkan lagi dunia pendidikan.


Monday, December 7, 2009

E-Portfolio

Trend pendidikan di Malaysia, apabila diperkatakan pendidikan dalam talian, ramai yang cuba untuk explore dan beralih kepada penggunaan Learning Management System (LMS). Pada peringkat awal tahun 2000 ramai yang cuba menggunakan WebCT, Blackboard dan kebelakangan ini menggunakan Moodle kerana WebCT dan Blackboard (Merged) mengenakan bayaran yang tinggi. Moodle adalah produk Open Source, tiada kos download tetapi kepada pendidik yang tiada pengetahuan teknikal, ianya akan menjadi kos yang terselindung - kena upah orang lain buat konfigurasi.

Perkembangan ini adalah sangat sihat, banyak sekolah dan universiti di Malaysia sudah menggunakan Moodle dengan berkesan, malah diterima sebagai LMS rasmi institusi berkenaan. Tahniah kepada pendidik yang berjaya dengan usaha sendiri. Tidak kurang juga yang pernah saya temui, Moodle dikendalikan oleh individu yang tidak mempunyai latar belakang komputer atau programming, tetapi berjaya menggunakan Moodle kerana minat dan kesungguhan untuk menggunakannya.

Perkembangan terkini didapati ramai yang sudah beralih kepada blogging atau lebih spesifik Educational Blogging. Pusat ICT UPSI telah menganjurkan pertandingan Educational Blogging, ramai yang mengambil bahagian, Tahniah kepada guru dan pelajar yang telah mengambil bahagian. Tahniah kepada pemenang Cikgu Ahmad Kamil sifoobestari yang telah memenangi hadiah utama berupa sebuah netbook. Contoh lain yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar sekolah boleh didapati di laman Anak Perak.

Saya menjangka LMS tidak akan bertahan lama, kerana hari ini banyak kemudahan lain telah disediakan dalam talian secara percuma. Kepada para pendidik yang tidak mahir menggunakan Open Source, mungkin boleh cuba menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Google kepada para pendidik seperti Google Doc, Google Map, iGoogle dan pelbagai kemudahan dalam pakel Google for Educators. Para pendidik yang kreatif dan sudah biasa dengan Google, mungkin boleh mengambil cabaran baru dengan menggunakan Google Wave dalam pendidikan.

Connectivism telah mula bertapak dan sedang rancak diperbincangkan dikalangan pendidik. Pada hari ini timbul pula perbincangan untuk menggunakan e-portfolio dikalangan pendidik. Penggunaan elgg, multiply dan mahara telah banyak diperkatakan. Perisian Open Source ini boleh membantu guru melaksanakan e-portfolio dengan pelajar masing-masing. E-portfolio merupakan suatu kaedah yang menggabungkan peranan Social Network dengan LMS yang sangat menarik untuk digunakan.

Saturday, November 21, 2009

Innovasi - Made in China

Salam sejahtera,

Bertuah rasanya dapat bertemu dengan puluhan delegasi dari serata dunia yang telah menghadiri China Hangzhou International Conference on Educational Innovations di Hangzhou, China. Kedinginan cuaca menceah -3 tidak menghalang kehangatan konferen. Perkongsian ilmu berlaku dengan rancak sekali.

Banyak perkara yang telah saya perhatikan sepanjang berada disana. Kedinginan cuaca dan hujan sepanjang hari telah menghadkan perjalanan saya di Hangzhou, dalam kesibukan menghadiri konferen dan membentang kertas konferen di sana, dapat juga saya berjalan-jalan di sekitar Hangzhou, bertemu dengan rakyat di jalanan serta sempat mengambil beberapa foto untuk dikongsi bersama.
Semasa di Eropah dulu, jarang kelihatan mat salleh menaiki motor/basikal semasa winter, tapi di Hangzhou sebaliknya, cuaca yang dingin merangsang kreativiti mereka untuk mencipta sesuatu yang bermanfaat (Foto). Inilah yang membezakan China dan Eropah. Budaya ini akan membawa China jauh ke hadapan dalam teknologi dan innovasi, tapi masih tebal dengan budaya dan kecinaannya. Mereka maju walaupun sangat sukar untuk saya berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa Inggeris, memang mereka tak faham, akhirnya saya berkomunikasi dalam bahasa Malaysia dan dari mimik muka dan gabungan aksi tangan, mereka boleh berkomunikasi dengan saya.
Mereka gigih melaksanakan kerja dengan penuh dedikasi dan berdisiplin. Riak muka mereka menunjukkan mereka gembira dengan apa yang mereka lakukan. Pengalaman menaiki teksi kali pertama dari Hotel ke tempat konferen sangat saya kagumi. Bayaran teksi yang tertera di meter ialah 10.00, maksudnya saya perlu membayar 10 Yuen, Di dashboard tertera tulisan China dengan tertera no 1 dalam ayat yang tersebut. Memang saya tidak faham apa yang tertera di situ. Pemandu menerima 10 Yuen, tapi menunjukkan kepada notis yang tertera dan memohon bayaran tambahan dari saya. Saya jangka beliau ingin memohon bayaran untuk bertiga oleh kerana saya bertiga pada waktu itu. Maka saya pun mengulur 100 Yuen untuk bayaran tiga orang (30 Yuen). Pemandu membalikkan semula kepada saya baki 99 Yuen sambil menunjukkan kepada ayat berkenaan yang tertera No 1. Saya membayangkan bayarannya ialah 30 Yuen, tetapi beliau memulangkan duit saya dan mengambil hanya 11 Yuen. Kalau dia ambil 30 Yuen atau ambil semua 100 Yuen, saya pun tak akan tahu berapa kos sebenarnya. Di tempat konferen, bila bertanya kepada China yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, barulah saya faham, tambang ialah 10 Yuen dan tambahan 1 Yuen surcharge petrol, jumlah tambang 11Yuen sahaja.
Pemandu itu sangat jujur walaupun mengetahui kami tidak tahu berapa tambang yang sebenarnya. Kalau dia ambil semua 100 Yuen pun kami tak akan membantah, tetapi inilah yang dikatakan disiplin yang tinggi. Meraka tidak menipu walaupun boleh untuk berbuat demikian. Jika di Malaysia .... rasanya kami akan diminta bayar tambah lagi atau mungkin akan dibawa melalui route yang lebih jauh supaya meter teksi menunjukkan bacaan yang lebih tinggi.
Inilah pengajaran yang saya dapati di sana, Innovasi, kreatif dan jujur! Inilah cabaran kepada kita sebagai pendidik untuk melahirkan generasi Malaysia yang Innovatif, Kreatif dan Beriman!

Jadilah Pendidik Dalam Kategori Top 10

Tuesday, November 10, 2009

Pembangunan Modal Insan

10 Oktober 4.50ptg. Sedang mengikuti simposium : Harnessing the value of Human Capital Development in the innovation economy di PICC Topik yang menarik. Pelbagai cadangan dan pandangan pakar luar negara dibentangkan. Yang menariknya seorang parent dari Malaysia bangun dan mempersoalkan tentang ketidakhadiran guru-guru di sekolah dan kesibukan para pentadbir yang selalu keluar untuk menghadiri kursus dan mesyuarat bagaimana hendak membangun dan membina future malaysian generation di sekolah.... ironinya pelajar-pelajar ditinggalkan dalam kelas tanpa guru dan pentadbir.

Penggunaan teknologi terkini boleh membantu kita sebagai pendidik untuk melaksanakan tugas di sekolah dan dalam masa yang sama berkongsi idea dan berbincang atau berkonferen dengan rakan sejawat seluruh negara tanpa meninggalkan sekolah .... the core business of the educators.

Bagimana kalau guna Google for Educators tools? Tidak perlu melabur untuk hardware dan software, yet boleh memberi IMPAK MAKSIMA dalam dunia pendidikan. Are you ready for the change?

Saturday, October 31, 2009

Etika Blogging

Blogging telah menjadi semakin popular di kalangan remaja dan kanak-kanak. Bezanya kalau dewasa, blognya agak serious, tapi remaja dan kanak-kanak agak ringan-ringan.

Bagi para pendidik, jika jngin menghasilkan blog, saya cadangkan agar memasukkan nama, contacs dan gambar yang sesuai supaya kita akan bertanggungjawab di atas apa yang kita tulis. Pembaca akan lebih appreciate jika mengetahui siapa yang menulis dan secara akademiknya juga kita tahu dimana sumber itu didapati.

Bagi saya jika blogger itu tidak memaparkan nama dan contacs untuk dihubungi, blognya itu tidak lebih daripada merapu, merepek dan surat layang sahaja.

Berani menyatakan sesuatu idea itu adalah suatu penghormatan bagi seseorang pendidik.

Serious Game

Selalunya bila kita membuat kerja menggunakan komputer, orang akan kata "dia dok main komputer". Walaupun pada ketika itu kita sedang membuat assignment yang sangat serious, berpeluh-peluh nak mengejar deadline.

Kalau bermain samada menggunakan CD atau online games, betul lah kalau dikatakan bermain komputer, tetapi hari ini timbul idea untuk melahirkan "serious game" . Penghasilan serious game bukan sekadar memerlukan kemahiran pengaturcaraan, tetapi yang lebih penting ialah pengalaman sebagai seorang pendidik dan ilmu pedagogi yang tinggi.

Mungkinkah akan wujud serious game untuk tujuan kaunseling dan rawatan penyakit?

Thursday, July 23, 2009

Penggunaan Web Dalam Pendidikan

Teknologi pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat sejak penggunaan internet diperkenalkan. Web 2.0 dengan ciri-ciri SLATE telah membuka ruang baru bagi pengguna internet. Para pendidik tidak seharusnya ketinggalan untuk merebut peluang ini. Usaha yang gigih perlu dilaksanakan untuk membolehkan semua guru memperolehi kemahiran mengguna teknologi ini dalam bilik darjah, atau sekurang-kurangnya menggunakan kemudahan ini untuk menimba lebih banyak ilmu semasa. Kolaborasi dan perkongsian sepatutnya dijadikan budaya untuk meningkatkan kemahiran antara guru. Kemudahan social network yang diberikan secara percuma seharusnya digunakan untuk merebut peluang meningkatkan prestasi pendidk, seterusnya menjadi pendidik yang kreatif dan inovatif.