Search This Blog

Monday, December 28, 2009

Terima kasih Cikgu

Minggu akhir 2009, tinggal 2 hari lagi. Para pendidik mula merancang aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2010. Kebanyakkan guru sudah kembali dari cuti walaupun masih ramai saudara mara masih bercuti dan tak kurang juga yang menganjurkan kenduri disaat-saat akhir cuti akhir tahun. Kebanyakkan sekolah sudah mula bermesyuarat sehingga hari Sabtu 2 Januari, ada guru yang sudah mengurus penjualan buku, pendaftaran pelajar, pengurusan bilik darjah, persediaan makmal, semakan komputer dan pelbagai persediaan yang lain. Komitmen para pendidik yang sedia berkorban masa dan kepakaran ini sangat dihargai.

Para pendidik menyifatkan komitmen mereka itu adalah sebagai sebahagian daripada amanah dan tanggungjawab mereka. Penjawat kerajaan dan korporat yang tidak terlibat dengan pendidikan masih berpeluang mengambil cuti untuk menguruskan persekolahan anak-anak, terutamanya yang baru melangkah ke alam persekolahan atau yang menukar sekolah, kolej dan sebagainya. Para pendidik tidak berpeluang untu bercuti kerana mereka perlu menguruskan sekolah masing-masing.

Para ibubapa yang baru menerima berita kejayaan anak-anak dalam UPSR dan PMR, masing lagi meraikan kejayaan anak-anak mereka, tetapi para guru sudah mula merancang aktiviti dan peningkatan usaha mereka untuk tahun 2010, mereka juga sedang mencari idea bagaimana hendak meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian anak didik mereka. Sebilangan kecil sahaja yang mungkin ada menerima kad ucapan tahniah atau terima kasih dari ibubapa. Para pelajar juga ada yang tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan guru untuk menyampaikan ucapan terima kasih secara personal. Ada yang cuba pergi ke rjmah guru, tetapi guru sedang bercuti, hasrat tak kesampaian.

Pihak sekolah disarankan menyediakan portal khas untukmembolehkan para ibubapa dan pelajar untuk menyalurkan ucapan terima kasih mereka kepada guru-guru. Pihak sekolah boleh mengwujudkan Facebook sekolah untuk menggalakkan perkongsian tersebut. Perkembangan teknologi terkini sepatutnya digunakan sepenunya untuk menyemarakkan lagi dunia pendidikan.


No comments:

Post a Comment