Search This Blog

Monday, August 23, 2010

Pembelajaran Dalam Talian


Pengalaman menjalankan pengajaran dalam talian bersama pelajar MTM6053 adalah sangat memberangsangkan. Lokasi pelajar yang berasal dari serata negeri dengan pelbagai perkhidmatan Internet telah menjadikan kelas ini lebih menarik dan kaya dengan pengalaman baru. Gangguan perkhidmatan internet sering berlaku semasa kelas dilaksanakan, terutamanya bagi pelajar yang menggunakan perkhidmatan "broadband". Pihak telcos tidak seharusnya memandang ringan masalah ini, sesuatu perlu dilaksanakan untuk meningkatkan perkhidmatan broadband di Malaysia. Ternyata kini permintaan dari pengguna adalah tinggi, malah sanggup berbelanja dan mengharapkan perkhidmatan yang terbaik!

Masalah teknikal juga merupakan cabaran baru kepada pelajar yang tidak mahir IT, contohnya konfigurasi alat komunikasi seperti mikrofon dan kamera. Ramai yang sanggup berbelanja membeli peralatan yang diperlukan, termasuk menambahbaik kelajuan internet di rumah masing-masing. Peralatan yang tidak mengikut spesifikasi semasa juga menjadi rintangan terhadap keberkesanan dan perjalanan kelas ini.

Semangat untuk belajar dan menggunakan teknologi internet adalah tinggi walaupun pun tidak mahir menggunakannya. Kemahiran menggunakan peralatan berkenaan dipelajari secara tidak langsung dari rakan sekelas, suami, isteri dan tidak kurang juga yang dibantu oleh anak-anak yang sememangnya sangat cepat menguasai penggunaan aplikasi internet dan peralatannya. Antara aplikasi yang saya gunakan ialah Forum MyGuru2, Google doc, DimDim, Skype, Twitterr dan SMS.
Mod pembelajaran yang digunakan adalah berbentuk chatting, email, blogging dan video konferen.
Tahniah kepada semua pelajar saya kerana tidak mudah berputus asa dan berani menerokai kaedah baru ini.

Pengalaman ini sangat berharga dan InsyaAllah akan cuba didokumenkan untuk perkongsian para pendidik yang ingin berjinak dengan Web 2.0 dan Education 3.0. Perancangan yang lebih terperinci akan dibuat berdasarkan pengalaman ini, semoga dapat dimanfaatkan bersama warga pendidik.

8 comments:

  1. Assalamualaikum Tn.Haji,

    Perlaksanaan kelas atas talian yang berlaku sangat menarik dan membuka minda bahawa pembelajaran bukan sahaja berlaku didalam kelas malah di luar pun boleh tanpa mengira di mana kita berada. Penambahbaikan itu sangat perlu, terutamanya saya yang menggunakan broadband. Saya berharap kelas seperti dapat dilaksanakan lagi

    ReplyDelete
  2. salam sejahtera,

    Pada pendapat saya, penggunaan pembelajaran dalam talian haruslah mendapat liputan meluas sama ada di IPTA/IPTS dan mahupun sekolah-sekolah di Malaysia. Pendedahan penggunaan pembelajaran dalam talian perlulah dilaksanakan walaupun sekadar pengetahuan asas penggunaan teknologi di Malaysia agar penuntut-penuntut tidak terasa ketinggalan zaman.

    Baru-baru ini, pensyarah kami iaitu Tn.Hj Nazri telah memperkenalkan penggunaan Dimdim webinar sebagai salah satu kaedah pembelajaran dalam talian, saya sangat teruja menggunakan teknologi ini kerana saya mendapat pengetahuan baru tentang penggunaan teknologi terkini disamping itu saya boleh ekses internet dimana-mana sahaja. Lebih menarik adalah saya dapat berkongsi ilmu yang dibincangkan semasa kelas online bersama-sama keluarga saya terutama ibubapa saya. Mereka juga gembira melihat saya belajar di rumah disamping itu mereka dapat melihat apa yang saya sedang pelajari bersama-sama pensyarah dan rakan-rakan pengajian saya yang lain.

    ReplyDelete
  3. Salam 1 Malaysia,

    saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama rakan-rakan dan pensyarah saya dalam "pembelajaran dalam talian" di blog saya. Di dalam blog saya ada menceritakan serba sedikit teknologi yang digunakan serta kekangan yang dihadapi sepanjang pembelajaran secara talian.

    Kunjungi blog saya :-
    http://ladysu-share-ict.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

    pembelajaran atas talian ini adalah satu pengalaman yang pertama bagi saya. walaupun sudah beberapa tahun mempelajari bidang teknologi ini,tetapi saya adalah pengguna novice untuk kelas atas talian ini.penggunaan Google Doc dan Webinar Dimdim membolehkan kami menjalankan kelas tanpa bersemuka, tetapi apa yang penting adalah maklumat yang hendak disampaikan, saya terima dengan baik.cadangan untuk menggunakan aplikasi-aplikasi seperti yang Tn haji nyata untuk pembelajaran amat menarik dan saya bersetuju. pada pendapat saya, guru dan pelajar perlu didedahkan dengan aplikasi terkini yang mana amat mudah dan sesi pembelajaran lebih santai.Tidak dinafikan, masalah utama kita adalah capaian internet yang slow. saya harap pada masa hadapan, masalah ini boleh diatasi dan kita semua mendapat faedah daripadanya.

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera..

    satu pengalaman y amat berharga bg sy apabila menggunakan kaedah pembelajaran atas talian ini. sebelum ni sy xpernah menggunakan webinar Dimdim dlm pembelajaran sy. sy ucapkan jutaan tima kasih tn hj. Nazri memberi peluang y amat bmakna dlm menggunakan dimdim nie..

    semoga kelas spt nie dpt diteruskan lg dan dpt guna oleh kelas y lain.

    ReplyDelete
  6. salam sejahtera..

    pengalaman yg amat bermakna buat saya dan kawan2.. mula2 saya dgr berkenaan pemebalajran atas talian, rasa macam mustahil jer.. tpi bila di beri peluang merasainya, saya amat teruja sangat.. memang ada sedikit masalah.. tapi masih boleh meneruskan pembelajaran tersebut.. seronok sgt.. antara aplikasi yang pernah daya guna adalah dimdim web minar dan v-cube serta skype.. rasanya kaedah ini perlu di perluaskan terutama di ipta/ipts..

    ReplyDelete
  7. Selamat sejahtera

    Aplikasi ini membolekan pelajar melihat slide pembentangan disamping bersembang dan berbincang di bahagian kanan slide disamping dapat melihat pembentang walaupun berada di tempat-tempat yang berbeza. Terima kasih diucapkan kepada Tn Haji Nazri kerana memperkenalkan kepada kami pelbagai teknologi serta aplikasi yang baru dan menarik.

    ReplyDelete
  8. Salam Merdeka,

    Pengalaman di dalam pembelajaran dalam talian dapat memberi satu pengalaman belajar yang amat menarik. Ia sangat sesuai untuk pelajar yang menghadapi masalah untuk menghadiri kelas secara bersemuka.Walaubagaimanapun,terdapat kekangan yang terpaksa dihadapi semasa kelas ini berlangsung secara online.Ini adalah kerana masalah talian masing2 terutamanya yang menggunakan broadband.Ini adalah isu yang patut dibangkitkan,dibincang dan dikupas untuk meningkatkan performance presentation pada masa-masa akan datang.

    ReplyDelete