Search This Blog

Tuesday, August 24, 2010

Aplikasi Google Dalam Pendidikan


Institusi pendidikan telah mengalami perubahan yang sangat pesat terutamanya cara pelajar mengakses maklumat. Kelebihan internet digunakan sepenuhnya oleh pelajar, terutamanya di IPT untuk melaksanakan perkongsian maklumat. Tidak dapat dinafikan IPT mempunyai peruntukan kewangan untuk menyediakan sistem LMS yang baik bagi menampung keperluan pembelajaran dan pengajaran.

Peruntukan untuk Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyediakan kemudahan sedemikian mjngkin agak terhad. Pervubaan telah dilaksanakan untuk menyediakan LMS berasaskan Sumber Terbuka, tetapi setelah lebih 5 tahun menunggu ianya masih diperingkat percubaan di beberapa sekolah sahaja, Masih tidak menjadi realiti untuk digunakan oleh 10,000 sekolah seluruh Malaysia.

Perkembangan terkini memperlihatkan ramainya guru telah proaktif untuk menggunakan kreativiti sendiri mencari dan menggunakan aplikasi yang dibekalkan secara percuma untuk merealisasikan Kelas Dalam Talian bersama pelajar mereka. Projek perlaksanaan Google For Edicators dengan 100 sekolah Daerah Larut Matang Selama (LMS) pada tahun 200, telah membuktikan perlaksanaannya adalah sangat memberangsangkan.

Pada tahun 2010, Pusat ICT UPSI telah menganjurkan pertandingan Educational Blogging 2010, penyertaan hanyalah seramai 240 guru dari seluruh Malaysia, walau bagaimanapun saya mendapati kualiti blog yang dihasilkan adalah sangat tinggi. Tempat pertama dimenangi oleh seorang ustaz yang memperkenalkan pengajaran PAFA dalam talian. Tahniah kepada seorang ustaz yang IT savvy! Dua orang guru dari SMS Seri Puteri, Kuala Lumpur telah tersenarai dalam 10 blog terbaik dalam pertandingan tersebut. Mereka berdua memilih matapelajaran Biologi dan Kimia untuk dikongsi bersama pelajar. Penyampaian hadiah telah dilaksanakan pada Hari ICT 2010 di bangunan baru E-learning, UPSI. Tahniah kepada semua pemenang, walaupun pemenang dari Kelantan, Sabah dan Sarawak tidak dapat bersama kerana jauh dari Tanjung Malim.

Melihat kepada perkembangan ini, saya ingin menyarankan kepada Guru Malaysia, jangan tunggu pihak kementerian menyediakan sistem LMS untuk anda gunakan dengan pelajara, kemudahan yang disediakan oleh Google dalam Aplikasi Google For Educators adalah lengkap, malah yang terbaik setakat ini berbanding LMS yang terdapat di pasaran. Aplikasi ini adalah percuma dan hanya memerlukan pengaktifan akaun gmail. Tiada sebarang kos kepada Kementerian Pelajaran Malysia dan juga pengguna. Jika semua aplikasi dalam pakej ini digunakan sepenuhnya, perkongsian maklumat dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pembelajaran dan pengajaran kolaboratif dapat diaplikasikan, malah secara kreatif boleh menjadikan perjalanan kelas lebih menarik tanpa kos yang tinggi. Kemudahan seperti Google doc, Calendar, iGoogle, Picasa, Google Map, iBook dan Blog boleh diakses dengan hanya berasaskan kepada akaun gmail sahaja.

Apakah mungkin boleh dirundingkan kerjasama secara rasmi antara KPM dengan Google Malysia untuk merealisasikan Kelas Dalam Talian?

6 comments:

  1. Aplikasi Google for Educators memang menarik.. Banyak yang boleh dilakukan untuk menarik minat pelajar belajar dengan kaedah yang lain daripada biasa. Saya pun telah mencuba membuat googlegroup bagi subjek yang saya ajar dan berkongsi pandangan serta memuatnaik nota/ bahan pengajaran ke dalam talian. Walaupun masih terkial2 dengan aplikasi yg baru dikenali, mereka cuba utk memberikan komen di dalam 'discussion board'.
    Mengenai cadangan kerjasama di antara KPM dgn Google Malaysia.. saya berpendapat ia satu idea yang menarik dan tidak mustahil untuk dilaksanakan..

    ReplyDelete
  2. sebelum ini saya lebih suka mnggunakan searching yg di sediakn oleh google.. apabila lama bermain dengan aplikasi google ni, dari satu aplikasi ke satu aplikasi saya temui.. yang paling aktif adalah blogging.. ianya amat menarik dan memberi kepuasan kepada saya.. setelah itu, saya melihat kepada penggunaan blog ini dalam pendidikan.. ianya juga banyak kelebihan kepada guru2 untuk mencari kelainan dalam proses p&p.. kemudian penggunaan google doc yang diperkenalkan oleh pensyarah iaitu spreadsheet dan google present.. pada pemerhatian saya dalam menggunakannya, ia juga satu transformasi dalam proses p&p..

    ReplyDelete
  3. Saya pun berpendapat Aplikasi Google For Educators sangat2 berguna. Contohnya penggunaan google doc, ia satu aplikasi yg sgt membantu dalam menyiapkan tugasan. Dan tidak di nafikan saya juga pengguna blog tegar dan mula aktif pada thn 2008 hingga kini setelah diperkenalkan oleh seorang teman cyber...dan saya juga berasa penggunaan blog sangat membantu dalam pendidikan masa kini.

    ReplyDelete
  4. Saya turut berpeluang mengalami sendiri pengalaman menghadiri kelas secara online ini bersama Tn.Hj. Contohnya penggunaan google presentation, ia begitu mudah digunakan dan begitu menjimatkan masa berbanding perlu menghadirkan diri ke kelas secara realiti. Selain itu, google doc juga memberi pengalaman baru kepada saya untuk berkongsi maklumat dengan kawan2 sekelas sekaligus kita boleh mengakses dan menambahbaikkan maklumat sedia ada.

    ReplyDelete
  5. salam.. pada pendapat sy google for Educators adalah aplikasi y menarik. sy berpeluang menggunakan google calendar dlm menyiapkan tugasan serta membuat kajian kes tentang penggunaan google calendar dlm pembelajaran MTM6053. satu aplikasi y mudah utk digunakan dan perkongsian maklumat antara rakan2 dpt dilakukan.

    ReplyDelete
  6. Sebelum ini saya tidak didedahkan tentang penggunaan aplikasi web. Saya mengetahui adanya e-learning tetapi tidak pernah mengalaminya sendiri sehinggalah diaplikasikan sendiri oleh pensyarah saya pada semester ini. Pertama kali diperkenalkan kepada penggunaan google for educators telah membuka mata saya, memberikan saya suatu pengalaman baru tentang perkongsian maklumat melalui google doc dan google presentation. Sungguh mudah dan ianya percuma. umumnya pendidik perlu didedahkan tentang aplikasi ini supaya penggunaan Aplikasi google for educators dapat dilaksanakan di sekolah suatu masa nanti.

    ReplyDelete