Search This Blog

Saturday, October 31, 2009

Serious Game

Selalunya bila kita membuat kerja menggunakan komputer, orang akan kata "dia dok main komputer". Walaupun pada ketika itu kita sedang membuat assignment yang sangat serious, berpeluh-peluh nak mengejar deadline.

Kalau bermain samada menggunakan CD atau online games, betul lah kalau dikatakan bermain komputer, tetapi hari ini timbul idea untuk melahirkan "serious game" . Penghasilan serious game bukan sekadar memerlukan kemahiran pengaturcaraan, tetapi yang lebih penting ialah pengalaman sebagai seorang pendidik dan ilmu pedagogi yang tinggi.

Mungkinkah akan wujud serious game untuk tujuan kaunseling dan rawatan penyakit?

3 comments:

  1. Cuma sekadar pendapat..

    Bagi saya, bermain game komputer dari sudut positifnya dapat membina kreativi & melatih otak untuk berfikir. Sebagai contoh, permainan komputer jenis strategi dapat melatih seseorang berfikir untuk mencari jalan menyelesaikan masalah dalam permainan tersebut.

    Pertama kali saya didedahkan dengan komputer ialah dengan bermain game solitare (game susun kad) oleh seorang guru. Biarpun ianya sekadar game, tapi ianya sebenarnya membantu menghapuskan rasa takut untuk menggerakkan mouse. (Walaubagaimanapun tidak releven lagi dalam masa sekarang kerana anak-anak sekarang telah didedahkan dengan komputer sejak mereka lahir lagi :P)

    http://www.eimiza.net

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. melatih otak untuk berfikir?

    Gaming inevitably requires thinking skills and it is designed to stimulate creativity. Serious games as you may call it; is not as serious as it sound. It is designed for a specific purposes rather than just entertaining.

    So, I think that it is a kindda new but not so new way of approach towards a more interactive style for teaching and learning. My friend's 2 and a half year old daughter plays 'FarmVille' on Facebook. Do we?

    ReplyDelete