Search This Blog

Thursday, July 23, 2009

Penggunaan Web Dalam Pendidikan

Teknologi pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat sejak penggunaan internet diperkenalkan. Web 2.0 dengan ciri-ciri SLATE telah membuka ruang baru bagi pengguna internet. Para pendidik tidak seharusnya ketinggalan untuk merebut peluang ini. Usaha yang gigih perlu dilaksanakan untuk membolehkan semua guru memperolehi kemahiran mengguna teknologi ini dalam bilik darjah, atau sekurang-kurangnya menggunakan kemudahan ini untuk menimba lebih banyak ilmu semasa. Kolaborasi dan perkongsian sepatutnya dijadikan budaya untuk meningkatkan kemahiran antara guru. Kemudahan social network yang diberikan secara percuma seharusnya digunakan untuk merebut peluang meningkatkan prestasi pendidk, seterusnya menjadi pendidik yang kreatif dan inovatif.

6 comments:

  1. Salam sejahtera Tuan Haji.. Boleh tuan Haji terangkan apa yg dimaksudkan dengan ciri2 SLATE itu.. SLATE jika menurut kamus adalah batu loh, batu tulis , papan tulis yang digunakan untuk atap atau menulis. Jadi menurut fahaman saya blog yang mempunyai ciri2 tersebut perlu ada bahagian2 untuk pembaca menulis/menaip seperti ini dan yang adakah blog saya menepati sedikit ciri-ciri tersebut?

    ReplyDelete
  2. S- Search
    L - Links
    A - Authoring
    T - Tag
    E - Extensions
    S - Signalling.
    Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/SLATES

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera Tuan Haji.. menurut pekeliling terbaru KPM bertarikh 13 Oktober (KP.BPM/1/061/21 Jld.12(60).. penyekatan aplikasi sosial di KPM akan dilakukan secara serta merta. Apliksi yang terlibat adalah facebook, myspace, friendster dan twiiter.. Perkara ini bermaksud kolaborasi dan perkongsian maklumat yang sepatutnya menjadi budaya akan tersekat. bagaimana dasar kerajaan yang menggalakkan ICT dalam pendidikan boleh mengambil tindakan seperti ini. Email nampaknya akan menjadi popular semua sebagai cara penghantaran maklumat disamping beberapa aplikasi lain yang tidak disekat. Bagaimana komen tuan haji atas perkara ini.

    ReplyDelete
  4. Perkara ini sudah dijangka akan berlaku. Tidak dapat dinafikan sebahagian pendidik di sekolah dan juga IPTA telah menyalah guna masa yang diperuntukkan untuk mengajar. Banyak kes sudah dikesan berlakunya perkara negatif kerana asyik blogging, facebook dan sebagainya.

    Kita sebagai pendidik memang nak guna untuk tujuan positif. Kita perlu bersatu menghasilkan produk terutamanya penggalakkan pelajar sebagai content provider dengan menggunakan kemudahan tersebut. Jika banyak yang positif dipaparkan, saya jangka sekatan ini akan digugurkan.

    Saya mencadangkan penggunaan Google for Educators Tools sepenuhnya disekolah. Setakat ini belum ada ura-ura nak block Google.

    Mungkin kita boleh membuat projek bersama Google Malaysia untuk berkerjasama dengan KPM.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum tuan haji.. saya telah melihat preview aplikasi google yang baru bagi berkolaborasi iaitu google wave ( http://wave.google.com/help/wave/using-wave.html ).. pada pendapat saya ianya satu penambahbaikan/cantuman daripada banyak aplikasi google yang ada dengan paparan menarik dan beberapa aplikasi yang baru. Bagaimana tuan haji melihat perkara ini jika ia diaplikasi bersama pelajar universiti mahupun di sekolah. Pada saya ia sesuai jika mempunyai 'group' yang ramai..terima kasih

    ReplyDelete
  6. Salam Hamdan,

    Saya sedang menunggu akaun Googlewave saya diaktifkan, bila aktif barulah saya boleh explore dengan lebih mendalam lagi. Bulan Januari nanti saya akan berjumpa dengan YTL dan perbincangan akan berkisar tentang penggunaan Google dalam pendidikan, based on my paper presentaed at Hangzhou recently. Saya masih menunggu akaun GW saya. Dalam pada masa itu cuba dapatkan beberapa orang yang komited untuk kita get involve dalam penterjemahan secara live Inggeris ke BM seperti yang didemkan Inggeris ke French. Ciri ini akan membolehkan anak didik kita berkomunikasi tanpa batasan dengan pelajar lain seluruh dunia. Selamat Bercuti

    ReplyDelete