Search This Blog

Thursday, September 23, 2010

SNS Dalam Pendidikan

LMS atau SNS? Persoalan ini sering diperkatakan oleh para pendidik yang telah celik dan terkehadapan dalam mengimplementasikan proses P&P menggunakan internet. Banyak diperkatakan mengenai mengenai Future of Learning, ramai juga yang membuat pelbagai andaian. secara teori sebelum benarbenar menggunakannya dalam pendidikan.

Biasanya kita akan dengar pelbagai pendapat dan andaian ini dari yeng belum mencuba, tetapi kepada yang pernah mencuba atau sedang melaksanakannya, mereka tidak pula bising atau membuat pelbagai andaian, malah terus menggunakannya dan terus mencari pelbagai alternatif dan ruangan kreativiti untuk terus meneroka kaedah baru penggunaan SNS dalam pendidikan.

Cabaran yang sebenarnya ialah keberanian untuk mencuba dan mengguna teknologi baru untuk manfaat pelajar. Memang tidak dinafikan perkhidmatan jalur lebar di Malaysia masih lagi mundur berbanding negara-negara jiran. Tetapi, jika ramai pendidik beralih kepada penggunaan internet, dan jelas akan manfaatnya kepada pelajar, saya berpendapat para ibu bapa dengan sukarela akan mula melanggani perkhidmatan jalur lebar untuk kegunaan anak-anak dirumah. Jika transformasi ini berlaku, permintaan terhadap perkhidmatan jalur lebar akan meningkat.
Peningkatan permintaan akan memaksa perkhidmatan jalur lebar diperbaiki dan bayarannya juga boleh dikurangkan.

Persoalannya sekarang, adakah guru Malaysia berani untuk menyahut cabaran ini dan seterusnya menerajui transformasi penggunaan internet dalam pendidikan?

2 comments:

  1. InsyaAllah, dengan bantuan semua pihak termasuk yang celik IT, pasti guru Malaysia berani menyahut cabaran ini.

    ReplyDelete
  2. Ya, saya setuju. Dan guru mahupun pendidik di semua peringkat boleh menyahut cabaran ini dengan bantuan dan galakan semua khususnya pihak pentadbir yang perlu memberikan kemudahan dan latihan yang secukupnya.

    ReplyDelete