Search This Blog

Saturday, September 4, 2010

Merdeka 53 tahun - transformasi ICT Dalam P&P


Kita baru sahaja menyambut ulangtahun ke 53 kemerdekaan Malaysia. Kepada semua rakyat Malaysia khasnya kepada warga pendidik, kemerdekaan memberi pelbagai pengertian kepada rakyat Malaysia, sebagai pendidik, di sini saya ingin mengajak anda untuk merenung kembali peranan kita untuk mendidik generasi pasca merdeka. Generasi yang akan menentukan kesinambungan perjuangan kita untuk mengisi kemerdekaan .


53 tahun adalah tempoh yang lama, ilmu pengetahuan turut berubah, teknologi sering bertukar. “One of the most persuasive factors is the shrinking half-life of knowledge. The half-life of knowledge is the time span from when knowledge is gained to when it becomes absolete.”George Siemens: Connectivism:Alearning Theory for the Digital Age.


Apakah setelah 53 tahun merdeka, corak pendidikan di Malaysia juga mengalami kemajuan setaraf dengan 53 tahun merdeka? Peranan para pendidik adalah sangat penting dalam menerajui transformasi ini. Penggunaan Internet dalam pendidikan tidak boleh dipandang ringan lagi. Para remaja menggunakannya untuk tujuan komunikasi, terutamanya penggunaan Rangkaian Sosial. Peluang ini seharusnya digunakan sepenuhnya oleh para pendidik untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.




Laporan PIPP dan perancangan RMK9 telah dengan jelas menyatakan kepentingan ICT Dalam Pendidikan, tetapi perlaksanaannya masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dimana silapnya? Adalah wajar jika dikuatkuasakan syarat bahawa setiap Guru Malaysia mesti mempunyai Sijil Pengintegrasian ICT Dalam Pendidikan bagi meningkatkan tahap kompetensi mereka dalam mengharungi cabaran masa kini. Connectivisme perlu dibincangkan secara serius dalam kurikulum pendidikan di IPTA. Apabila penekanan penggunaan ICT diberikan keutamaan dalam bilik darjah, persepsi ibu bapa terhadap keutamaan menyediakan talian internet dirumah akan berubah. Penggunaan internet akan menjadi keperluan dan bukan lagi satu kemewahan.


Warga pendidik yang sudah mempunyai kemahiran mengintegrasi ICT dalam bilik darjah haruslah meneroka, meneraju dan berusaha menerapkan kepentingannya dikalangan pelajar dan ibu bapa agar transformasi penggunaan ICT Dalam Pendidikan datangnya dari pelajar dan ibu bapa, secara tidak langsung pembudayaan ICT akan dapat diterapkan dikalangan rakyat Malaysia.

1 comment:

  1. Salam,
    Nampaknya apa pun wireless environment yang diperkenalkan, kita masih lagi tidak boleh menggunakan sepenuhnya(enjoy). Disebabkan oleh fasiliti yang tidak sesuai atau tidak mencukupi. Mungkin perlu kita jadikan satu organisasi contoh untuk semua rakyat tengok dan fikir....contoh....tanjong malim:bandar ICT ....semua guna ICT bayar online, belajar online....nak online pun free...semua penduduk boleh access broadband dengan dibekalkan dengan notebook, handheld device percuma....apa kata en nazri?

    ReplyDelete