Institusi pendidikan telah mengalami perubahan yang sangat pesat terutamanya cara pelajar mengakses maklumat. Kelebihan internet digunakan sepenuhnya oleh pelajar, terutamanya di IPT untuk melaksanakan perkongsian maklumat. Tidak dapat dinafikan IPT mempunyai peruntukan kewangan untuk menyediakan sistem LMS yang baik bagi menampung keperluan pembelajaran dan pengajaran.
Peruntukan untuk Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyediakan kemudahan sedemikian mjngkin agak terhad. Pervubaan telah dilaksanakan untuk menyediakan LMS berasaskan Sumber Terbuka, tetapi setelah lebih 5 tahun menunggu ianya masih diperingkat percubaan di beberapa sekolah sahaja, Masih tidak menjadi realiti untuk digunakan oleh 10,000 sekolah seluruh Malaysia.
Perkembangan terkini memperlihatkan ramainya guru telah proaktif untuk menggunakan kreativiti sendiri mencari dan menggunakan aplikasi yang dibekalkan secara percuma untuk merealisasikan Kelas Dalam Talian bersama pelajar mereka. Projek perlaksanaan Google For Edicators dengan 100 sekolah Daerah Larut Matang Selama (LMS) pada tahun 200, telah membuktikan perlaksanaannya adalah sangat memberangsangkan.
Pada tahun 2010, Pusat ICT UPSI telah menganjurkan pertandingan Educational Blogging 2010, penyertaan hanyalah seramai 240 guru dari seluruh Malaysia, walau bagaimanapun saya mendapati kualiti blog yang dihasilkan adalah sangat tinggi. Tempat pertama dimenangi oleh seorang ustaz yang memperkenalkan
pengajaran PAFA dalam talian. Tahniah kepada seorang ustaz yang IT savvy! Dua orang guru dari SMS Seri Puteri, Kuala Lumpur telah tersenarai dalam 10 blog terbaik dalam pertandingan tersebut. Mereka berdua memilih matapelajaran
Biologi dan
Kimia untuk dikongsi bersama pelajar. Penyampaian hadiah telah dilaksanakan pada
Hari ICT 2010 di bangunan baru E-learning, UPSI. Tahniah kepada semua pemenang, walaupun pemenang dari Kelantan, Sabah dan Sarawak tidak dapat bersama kerana jauh dari Tanjung Malim.
Melihat kepada perkembangan ini, saya ingin menyarankan kepada Guru Malaysia, jangan tunggu pihak kementerian menyediakan sistem LMS untuk anda gunakan dengan pelajara, kemudahan yang disediakan oleh Google dalam
Aplikasi Google For Educators adalah lengkap, malah yang terbaik setakat ini berbanding LMS yang terdapat di pasaran. Aplikasi ini adalah percuma dan hanya memerlukan pengaktifan akaun gmail. Tiada sebarang kos kepada Kementerian Pelajaran Malysia dan juga pengguna. Jika semua aplikasi dalam pakej ini digunakan sepenuhnya, perkongsian maklumat dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pembelajaran dan pengajaran kolaboratif dapat diaplikasikan, malah secara kreatif boleh menjadikan perjalanan kelas lebih menarik tanpa kos yang tinggi. Kemudahan seperti Google doc, Calendar, iGoogle, Picasa, Google Map, iBook dan Blog boleh diakses dengan hanya berasaskan kepada akaun gmail sahaja.
Apakah mungkin boleh dirundingkan kerjasama secara rasmi antara KPM dengan Google Malysia untuk merealisasikan Kelas Dalam Talian?